Welcome to eisha world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina RE
edit by : EISHA & TIRA
Best view : GOOGLE CHROME



Like Please.



CONTEST THE BEST MEMORY OF ME BY MIZA AHMAD
Sunday, 30 December 2012 | 07:05 | 0 comments

Assalamualaikum


TagMyySara , Syazri and  Aqilah.

Hari nihh eisha nak join lagi satu conest. Tapi kai ini contest nya lain daripada yang lain. Dia suruh buat the best memory that you had. So , eisha kena cerita kan kisah eisha nihh. Sebelum tuhh kalau korang nak join juga boleh click kat SINI.


Nama penuh = Siti Nor Aishah binti Ibrahim
Impian = Impian eisha cuma satu iaitu eisha nak jadi anak yang solehah dan taat kepada perintah ALLAH. Eisha hanya ada ibu jadi eisha nak penuhi impian ibu untuk berjaya dunia dan akhirat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pasti korang masih ada ibu dan ayah bukan? Syukur alhamdulillah. Hargai lah mereka , berbuat baik lah pada mereka sebelum terlambat. Eisha masih ada ibu. Alhamdulillah. Walaupun ayah eisha dah tak ade eisha tetap redha. Allah lebih sayang kan ayah dari kami.

Dulu ayah baik-2 saja tiba pada suatu malam tuhh ibu berteriak memanggil nama eisha dan abang-2. Ayah! Ayah! ayah lumpuh sebelah badan. Nasib baik ibu terjaga. Eisha tak sangka yang ayah ada darah tinggi. Tapi sudah terlambat sebab pendarahan tu dah sampai ke otak. Ya Allah! time kami sekeluarga hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan ayah. 

Banyak sedara mara yang datang menziarahi ayah. Ada yang mamberi semangat ada yang marah. Dia kata ' kenapa tak tau boleh jadi mcm nihh?! tengok! kan dah susah! ' Ya Allah! time tu kami hanya boleh bersabar. Kami sekeluarga pun tak tau yang ayah ada penyakit. Dia rahsia kan hal ini kerana dia tak nak anak-2 nya susah hati. Dia hanya makan ubat-2 di tempat kerja nya sahaja.

*imbas* Pada hujung minggu nenk berkeras untuk pulang ke kampung kata nya rindu nak jumpa sedara-mara. Tapi ayah tak nak. Dia kata ada perkara penting yang perlu diselesaikan nya. Ibu menyebelahi nenek untuk pulang ke kampung. Jadi ayah pun terpaksa pulang ke kampung. Sepatutnya hari tuhh dia kena makan ubat-2 nya. Di kampung , dia tak banyak ckapa. Dia hanya berdiam diri sahaja dan tidur. 

Ya Allah! kalau lah eisha tahu akan jadi macam nihh. Eisha pun tak nak balik kampong. *reality* 2 minggu juga ayah terlantar di hosital. Sekejap di wad biasa sekejap di ICU. Lepas 2 minggu tuhh akhirnya pergi jua bertemu kekasih abadi.

Sewaktu bacaan yasin untuk jenazah , ibu dan abang-2 ada yang menangis tapi eisha tak menangis langsung. Sedara-mara ingat kan yang eisha nihh tak sayang ayah. Woiyt! siapa tak sayang bapa sendiri. Of course lah ecah sayang tapi time air mata eisha memang tak boleh keluar.

Tapi sewaktu cium dahi jenazah , eisha mula berasa sebak. Eisha tak sangka yang ayah akan pergi begitu cepat. Eisha belum sempat melunaskan impian ayah. Dan kali terakhir eiha melihat wajah ayah. Lepas nih tak lagi dahh. Tak lagi dengar ayah membebel , tak dengar lagi ayah gelak , tak lagi dengar ayah dengkuran ayah. Di saat itu lah titis-titisan air mata menitik.

Ya Allah! aku begitu merindu kan ayah aku. Sudah 2 tahun ayah meninggalkan eisha sekeluarga. Eisha rindu ayah sangat-2. Eisha rindu nak dengar ayah kejut kan eisha tido , rindu nak dengar ayah bebel eisha , rindu nak tengok muka dia yang hensem tuhh. Rindu semua tentang dia. 

So, korang hargai apa yang korang ada. eisha masih bersyukur sebab ibu eisha masih ada. Alhadulillah. Eisha tak kan sia-2 kan ibu. Insya-Allah eisha akan Dapat kan 8A untuk ibu. Doa kan eisha yea korang. 

Okeyy. Bye-2 sampai ini jea lah kisah eisha. Sorry mengambil masa yang panjang untuk baca kisah eisha nihh. Bukan tujuan eisha tulis citew nihh untuk korang simpati kan eisha tapi buat sebagai iktibar.

Ini lah ayah eisha. Hensem kan dia? hewhew. Of course lah hensem. Siapa yang kata tak hensem tuhh eisha tumbuk dia nanti. *gurau-2*